KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Sunday, January 30, 2011

selalu slah ckp..nyanyuk ke?

Ish x tau la nape aku selalu tersalah ckp..dh berapa kali asyk tersalah ckp..bukan tersalah cakap yang menyebabkan orang akan sakit hati k..tapi tersalah ckp yang menyebabkn diri rasa cm sengal je..kalo tersalah ckp dpn2 gerenti malu giler...

Firstly dulu ak tersalah ckp pasal tempat..x tau la sejak biler kuching tue jadi kat sabah...sepatutnya kuching tue kat sarawak..tapi ak pepandai je tuko tmpt tue kat negeri lain...maybe time tue ak rasa cm sedap je sebut kuching sabah...hehehe...bile kwn tue tnya betul ke pk cik tinggal kat sabah...ak pn ngn confident pn ckp btul la..sedangkan trang tang..tang..jwpnnya ak tue salah..hehehe..sebab kucing tue kat sarawak..sori la x sngaja..dah lama x tgk peta kn..so jd cm tue la.

Yang kedua bile ak kata katak tue spesis reptilia...adoi..mcm mana la blh silap ckp g..dh la owg tue ckgu sains..mmg cari nahas ble salah..malu giler..x terfikir langsung pn katak tue amfibia..sbb time tue ak rasa ak teringat pasal cicak je bukan katak..hehehe..ni pun ak nk mintak maaf..

kesimpulannya ak ni kdg2 x fokus dengan apa yang org ngh bual dengan ak..or kdg2 ak pnya fikiran melayang2 mcm layang2..tue yang owg tnya lain ak jwb lain..so pada meber2 tu sori la kalo ak tersalah ckp k..hehehe

SAYA BUKAN TUK AWAK

Maaflah saya anggap awak adik je selama nie..
Tolonglah jangan bangkitkan soal umur..Saya tak kisah pun..Maaf sekali lagi..
Walaupun awk x kisah tapi sy masih dan tetap kisahkan..Awak bukan pilihan saya..Terima kasih sebab sukakan sy..Kita lebih sesuai menjadi kawan. Dan tolong buang jauh2 perasaan suka awk tu kalo awk masih nak berkawan ngan saya.
Saya tidak kisah…Saya tetap akan cuba pikat awk sama ada awk suka atau tak.Saya akan buat awk jatuh hati kat saya…
Terpulang kat awk…Sy x kan paksa..

Betullah bahawa cinta tue x mengenal usia..Tapi seperti yang saya katakana sy bukan untuk awk.. Memang susah untuk saya berterus terang.Tapi maaflah itulah hakikatnya..Saya tak nak terus mempermainkan perasaan awk. Sesungguhnya saya bukanlah perempuan yang layak untuk memainkan perasaan sesiapa sahaja termasuk awk..Sebab itu saya dengan rasa berat hati berterus terang dengan awk..Saya tak nak awk mengharapkan sesuatu yang tak pasti seterusnya kecewa kemudian hari. Lebih baik kita kekal sebagai sahabat. Itulah yang sebaiknya kerana ikatan persahabatan takkan putus. Apa yang saya mintak setelah saya beritahu perkara ni harap awk tak timbulkan soal perasaan lagi..Saya takut saya akan terus rimas sehingga terpaksa putuskan persahabatan. Berkawanlah sepertimana kita mula2 kena. Jangan sesekali ubah perasaan kawan itu, SAYA TAK SUKA!!
Dan sekiranya awk masih tak berputus asa untuk terus memikat terpulanglah..Saya tak paksa..Bukanlah saya menjual mahal tapi untuk bercinta saya masih tidak bersedia…Harap awk mengerti..Dan sekiranya sy menjauhkan diri drpd awk, sy harap awk maafkan la saya..Itu sebenarnya untuk membuatkan awk berputus asa dan benci pada saya..MAAFKAN SAYA!!
Seandainya persahabatan kita putus satu hari nanti, sya nak awk tahu sy suka berkwan dengan awk..Thanks sebab sudi menjadi sahabat saya .Semoga awk jumpa perempuan yang lebih menghargai dan menyayangi awk…Saya doakan yang terbaik untuk awk..SEMOGA AWK BERBAHAGIA SELALU!!!

p/s: Thanks kepada ‘sahabat'...

Friday, January 21, 2011

Perasaan Dan Hati Kita Untuk Siapa

Susah betul kalo masalah itu melibatkan perasaan..Tak kisah la sama ada kita yang menyukai orang or orang yang suka kat kita..Tapi sebenarnya better kalo kita yang menyukai orang daripada orang yang menyukai kita...Nape ea..?? Sebabnya kalo kita menyukai orang kita boleh buat apa je kita nk ngn perasaan kita...maknanya kita ada pilihan objektif la nk bt apa ngn perasaan kita...

Antara pilihan yang kita boleh buat kalo kita suka kat orang ialah...
a) Kita boleh luahkan je perasaan tue kat dia..Tapi kena ingat ada risikonya..jngan main gedah ikut suka hati macam x ada singboard or trafik light...nak tau sebab apa...?tunggu yer..
b) Kita boleh terus minat n suka kat orang tue dari jauh..itu lagi selamat tp akan berlakunya penderaan perasaan la..bahaya tue..
c) Kita boleh lupakan je perasaan kita tue...anggap la itu semua cinta beruk..
d) Kita boleh cuba untuk pikat orang yang kita suka tue..berjaya or x bergantung pada usaha atau strategi yang digunakan la ea...x slah mencuba kan..mana tau dapat..hehehehe..chaiyok2...!!

antara 4 pilihan yang diberikan terpulang kat individu la nk pilih yang mana satu..tapi kita kena ingat setiap keputusan yang ambil pasti ada risiko or kesannya..
antara kesannya....

a) kalo kita pilih nk luahkan perasaan kita so makna nya kita kena bersiap sedia untuk hadapi apa je dugaan yang akan melanda..n orang yang meluahkan perasaan tue kena la berani..jangan pulak pengsan k..kita bernasib baik kalo orang yang kita suka tue punya perasaan yang sama ngn kita..alhamdulillah lega la..x ada la malu sgt n x sia2 luahan hati tu..tapi kalo orang x suka n x terima tue yang payah..silap2 luahan kita dijadikan bahan ejekan..malu tue..mana nk letak muka...bawah bantal,almari..mau tebal pipi berlapis2 tau..silap2 blh putus shbt kalo kita suka kt kwn baik sndiri!!!

b)kalo pilih utk sembunyikan perasaan mmg la bagus..bio jadi rahsia je apa kita rasa..tapi sedihla..sbb kita hanya mampu lihat dia je..tapi selamat la sbb kita still blh kwn macam biasa.takut ble dia tau kite suka dia perasaan n layanan dia kat kita akabn berubah..itu biasa terjadi kalo boy or gurl yang kita minat tue dah ada empunya..so ingt2 la..x semua bnda blh diberitahu kat orang lain..

c)Yang pilihan ni pulak boleh dibuat kalo orang yang kita suka dh ada yang punya..x pn org yang kita suka tue perangai dia teruk sgt...semua kwn2 kata dia teruk tp kita je yang boleh tersuka kat dia..bnda mcm nie slalu berlaku..maklumla cinta pandang pertama..semua nmpk cantik..so komen2 yang diterima dr org rmai tntng si dia ambil kira la..jgn bt cinta tue jd rabun.main terima je..u jump i jump..x sesuai tul la..!! better lupa kn je perasaan tue..buang jauh2 dlam sungguh..chooooo...!!

d) dan pilihan yang terakhir ni..mmg berani la kalo sapa2 yang mencuba..try pikat orang yang kita suka..tp perlu diingatkan kalo nk pikat jgn la sampai sanggup bt apa sahaja yang disuroh..nnti merana jiwa k..agak2 la time nk pikat tue..kalo rasa time pikat tue dia jual mahal sgt biokan je..x yah peduli..cari je la yang lain..kumbang bkn 1 spesis n bunga pula bukan ada 1 warna je..

So dalam soal perasaan jangan sesekali kita ada sikap untuk memaksa..kalau orang x suka jangan didesak mahupun dipaksa..biarkan je..perasaan tue semulajadi..kita kena percaya jodoh n pertemuan d tangan Allah..kita merancang Allah yang menentukkan.. Sesungguhnya apa yang Allah tentukan segalanya adalah yang terbaik..Insya-allah...Moga apa yang kita cari akan kita temui...

Saturday, January 15, 2011

Hadapi dengan senyuman

Sesungguhnya kita jangan takut untuk menghadapi hari esok,
Meskipun kita tahu pelbagai halangan yang akan mendatang,
Hadapilah segalanya dengan sebaik mungkin,
Pandang ke hadapan,
Jangan sesekali anda cuba untuk menoleh ke belakang,
Ingat sekali anda menoleh pasti adanya pelbagai penyesalan serta kekesalan yang bakal anda rasai,
Belajar dari kesilapan itu semestinya,
Kita hanya manusia biasa,
Yang tak mampu membuatkan hidup kita menjadi serba sempurna,
Pastinya ada kekurangan,
Dan kekurangan itulah membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk terus berusaha dalam hidup,
Agar kekurangan bertukar menjadi suatu kegembiraan,
Sekiranya usaha yang dilakukan untuk menjadikan kekurangan sebagai suatu cahaya kegembiraan,
Tidak mengapa…
Usah berputus asa dan teruslah melangkah lagi,
Jangan sesekali anda duduk lesu disitu kerna kegagalan yang dihadapi,
Ingatlah bahawa kita hanya merancang dan sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya,
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi dan apa yang tertulis untukku adalah yang terbaik untuk dirimu….

Friday, January 14, 2011

Cukup dengan apa yang ada

Tak apa yang sempurna melainkan kita merasakan ianya cukup sempurna.
Namun kesempurnaan belum tentu menjaminkan kebahagiaan dan juga kegembiraan.
Bahkan apa yang paling ditakuti sekiranya kesempurnaan itu membawa kepada kesedihan dan kesengsaraan.Cukuplah jika ianya sekadar bersifat sederhana @ sedap mata memandang..Bak kata nenek2 kita zaman dulu..

Janganlah kita terlalu mengejar akan kesempurnaan. Kerna kesempurnaan itu payah untuk kita temui.Sedalam mana pun kita cari, kita gali n kita cungkil belum tentu ianya akan ditemui. Ditakuti semakin dalam kita gali semakin banyak kekecewaan yang akan kita temui..Kecewa kerana ianya bukanlah sama apa yang kita impikan..Cukuplah kita sekadar bersyukur dengan apa yang kita ada..

SinGle or CouPle??? Mana lagi BesT

Setiap manusia bisa bercakap mengenai cinta, masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri, ada yang berkata cinta itu indah, tidak kurang yang bercakap bahawa cinta itu, ibarat satu penderitaan, sampaikan sambal belacan pun boleh diibaratkan dengan cinta.. tak percaya.. saya ambil dari satu petikan lagu..
cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan,
walau pedas hingga mengalir air mata,
namum tetap di makan juga..
Betapa hebatnya penangan cinta tue.. manusia dikatakan sungguh bertuah apabila bertemu dengan pasangan sejati, namun yang dah putus cinta berkali-kali janganlah pulak mengalah, teruskan usaha mencari, insya-allah anda akan bertemu dengan putera idaman anda, manusia kan dicipta berpasangan, namun perlu diingatkan, sepanjang usaha mencari, anda mungkin kecewa beberapa kali, mungkin disebabkan jejaka/gadis tersebut tidak sesuai dengan dirimu, lantas kamu ditinggalkan, dan dikala itu ada di antara kita yang terkapai-kapai mencari kekuatan, namun tidak mustahil ada juga yang tersungkur, tersungkur sehinggakan dirinya tak percaya akan kewujudan cinta, bak kata lagu liyana jasmay, ‘aku tak percaya cinta’. Tapi apa kata kalau kita jadikan itu semua pengalaman. Pengalaman yang manis dan juga pahit. barulah kehidupan berwarna-warna seperti pelangi. sungguh menarik!
Bagi yang tak pernah bercinta pula, usah risau mahupun cemburu bila melihat teman-teman disekelilingmu mempunyai pasangan. mungkin teman-temanmu bernasib baik kerana menemukan pasangan dalam masa yang singkat. so bagi yang single-single pula, try to chill out k…enjoy la dengan masa single yang begitu panjang. tak semua orang boleh jadi single untuk masa yang lama. sesungguhnya anda memang insane yang bertuah dan terpilih. nak tahu kenapa? sebabnya anda begitu tabah bila melihat orang lain ada bf or gf sedangkan anda pula berseorangan. pada mata orang yang ada bf n gf je yang lihat anda ni tak laku..tapi sebenarnya anda ada family yang sangat menyayangi dirimu. tak percaya..tanya la pada mama, ayah n adik-beradik kamu…
anda juga bertuah sebab bercinta ini sangat memenatkan dan memeningkan..sebabnya anda kena menjaga hati orang yang tersayang..sapa lagi kalau bukan bf n gf masing-masing.jangan ada yang jaga bf or gf orang lain sudah la.pening sebab kamu kena jaga hati si dia..hati sendiri pun tak terjaga nak jaga ati orang lain..bukan tue je kalau si dia merajuk anda kena pujuk. kalau si dia tue macam kanak-kanak senang la.bagi gula-gula lollipop gerenti dia ok..nie nak pujuk taraf boleh jadi bapak budak..alamatnya beruban la rambut kamu..tak pun botak kot…hehehe..bercinta jadi memenatkan bila si dia tak paham dengan perangai, tugas atau rutin kita.bukan setakat penat tapi boleh jadi serabut juga..iye la kalau dapat yang jenis king kong..owh bukan2..kalo dapat yang jenis king n queen control, abis la kamu..mesti 24 jam nak berkepit..nak kuar ngan kawan tak boleh, nak lepak x boleh..boleh melainkan kamu usunglah si dia ke mana je..kalau sanggup boleh la..kalau yang tak sanggup better kamu ????pikir sendiri la..
Apa-apa pun semuanya ditangan kamu. tak sapa yang boleh paksa kamu untuk bercinta. dan belum pernah saya dengar dalam dunia berita pasal ibubapa yang memaksa anak-anak mereka untuk bercinta. melainkan anak-anak yang gatal nak bercinta..opps…bukan gatal nak bercinta tapi nak rasa cam ne rasa bercinta…nama pun remaja a.k.a anak muda..so biasalah lumrah alam..tak salah asalkan pandai jaga adab n maruah diri n keluarga..kata-kata ni sesuai dengan lagu ana rafali iaitu kalau berpacaran,
kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga susila ibubapa adik abang
apabila berdua carilah tempat yang terang,
agar tidak pula mencuba aksi terlarang,
boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang
duduk regang-regang
bertambah sayang
biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman..

Wednesday, November 24, 2010