KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Thursday, October 28, 2010

Bile nk exam...mula la nk meroyan.....

Don't leave the person who love you,
For the person who you like,
Because...
The person who you like,
Will leave for the person who he love...(^_^)

Friday, October 22, 2010

Mcam2 ragam...

Peristiwa nie pn berlaku ari nie gak..bnyk sgt benda yang menarik yang berlaku..
ari nie kami g la bt kaji selidik pasal perlancongan berasaskan pertanian..kami bt kaji selidik kat tiga tempat je..n keiga2 tempat tue macam2 peristiwa yang berlaku..

Tempat pertama : sekitar kawasan bank..sebenarnya tmpt ni x ada bnda yang menarik yang berlaku selain dr kena baca soalan sbb responden malas nk baca..tue jer..ada juga la responden yang x nk bg kerjasama..dh la nie first time kami bt kaji selidik..lain kalo tolong la bagi support ye...kesian kat kami..lpas ni kalo ada yang mintak jawab soalan soal selidik tolong la jawab..kerjasama anda sangat kami hargai..wah dh maca banci la plak..

Tempat kedua : Stesen bas...sbnarnya g stesen da 2 sebab..yang pertama sbb nk beli tiket.yang kedua nk abiskan borang soal selidik tue...kami pun g la kat satu kedai makan.first2 tue nak la makan..tp makanan x kena ngn tekak.so x jadi la...kami juz minum n makan kuih.tue je..kami pun soal selidik la ngn mak cik a.k.a tuan punya kedai..bila nak balik mak cik tue la ckp cm nie, "dik lepas ni makan la sini.Kalo x ada duit gtau mak cik ea.mak cik blh belanja.."ayo sayu nya degar...kami pun angguk je..kami ni nampak cm x ada duit ke..mybe mak cik tue kesian tgk kami..ngan bawa beg g kat orang ramai..mintak jawab soklan...smpai gitu sekali penangan bt buat kaji selidik ye..jangan risau mak cik lepas ni gerenti kami g kedai mak cik ea..terima kasih ye makcik sebab prihatin a.k.a kesian kat kami..hati mak cik sungguh baik...

Tempat ketiga: Kfc...hihihi..kami ni jd je bt kaji selidik kat mana2...best ga bt kat kfc sbb semua pekerja bg kerjasama..rock la..smpai abis la borang kami pekerja kfc bt...mereka sungguh baik...mereka pun kesian kat kami sbb kena cari owg..so last2 dia owg yang tlg abis kan...bgus2..sk2..x yah jln2 lg...

p/s-thanks la kat semua owg yang bagi krjasama kat sya n kawan sy ari ni..thanks bebanyak...jasa n kerjasama anda amat2 kami hargai....

Agak2nya apa bnda yang blh tercabut selain dr tayar time anda bawa kete...

Kebiasaannya kita dengar tayar yang tercabut time bawa kereta.Namun hari nie berbeza..Banyak sangat dugaan yang berlaku kat ak ari nie..start dar kuar sampai la balik...bila pikir2 balik memang lawak..naik sakit perut gelak...ish2..
Firstly time sewa kete, owg tue bg kete yg temperature naik memanjang..tempat air bocor katanya..kiranya kita org pg td jd bhan percubaan la kena drive kete tue..kami pun ambik la cabaran tuk bawa kete tue..Separuh jalan tue kete tue ok lagi mantap...sebab temperature ok lagi..tapi lpas isi minyak terus je temperature naik mendadak...saja je gedik cap beruang..time x isi minyak x nk la plak naik temperature tue...so kami pun berhenti la tepi jalan..so kami dok pikir la time behenti tue..kalo asyk behenti sbb nk bg temperature trun bila plak kami nk sampai destinasi..ais x le jadi ni..so kami pun call tuan punya kete mintak tukar kete..ok bereh...so kami pun drive la..nk kata laju biasa je..x la selaju kilat..tp sampai je simpang tiga, tetiba tgk melalui cermin sisi,
"eh apa benda yang bergerak tue...macam tayar je..bila tengok betul2...alamak macam spotrim kete ni je.."
Memang sah spotrim kete kami..sbb belakang kami x ada kete lain..x kn spotrim jatuh dri langit kot...nasib baik x ada kete time tue..kalo x mesti kena gelak..x le bnygkan la..hihihi...yang bestnya spotrim tue landing baik nya..betul2 kat bawah tiang tanda "behenti"..
Nasib baik spotrim yang tercabut...kalo tayar yang tercabut jenuh kami nk tolak...

p//s: x patut betul la spotrim tue tercabut...x penah berlaku dalam sejarah....ish2..ni kena citer kat mama nie..hihi

Thursday, October 21, 2010

Kalau bOleh....

Kalau boleh sy nak hidup saya cam pelangi...
Pelangi tue kan cantik..
Semua owg le tersenyum tatkala melihat pelangi...
Mesti hidup saya dikelilingi dengan kegembiraan..
Pelangi tue kan berwarni..
Oleh itu kalo hidup cam pelangi...
Hidup mesti sentiasa ceria tanpa kesedihan...
Alangkah seronoknya..
Tapi satu je keburukan pelangi..
Pelangi x selalunya ada...
Ianya hanya hadir tatkala lepas hujan turun..
Tapi bukan setiap kali hujan pelangi tue akan hadir..
hanya masa tertentu je...
oleh itu saya hanya boleh berharap saja supaya hidup macam pelangi.
sbb mustahil la kalo hidup seseorang tue macam pelangi...
kalo x ada ujian n dugaan mesti hidup jadi x bermakna...
Bila hidup x bermakna kita sebagai manusia sudah tntu lupa tuk menghargainya...

Monday, October 18, 2010

andai kau milikku part 3

Sesuatu yang sama sekali tidak jangka...Memang benar sebelum ini Wina telah mengetahui bahawa dia menghidap penyakit kanser otak.Dan sebab penyakit ini jugalah dia terpaksa meninggalkan Zairil kekasih hatinya meskipun hatinya tidak pernah merelakan perpisahan tersebut.Namun dia pasrah.Sesungguhnya Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Berbekalkan dengan semangat tersebut, Wina bangkit semula dari kekecewaannya bagi meneruskan hidup. Dia sedar yang dia perlu menghargai seterusnya mencari kebahagiaan bagi mengisi sisa-sisa hidupnya yang terakhir.Pernah dia terfikir untuk mendapatkan semula Zairil untuk menemaninya namun hati kecilnya menegah daripada buat begitu.

"Siapa dia untuk merampas kebahagiaan orang lain?" detik hati Wina sambil termenung di jendala.

Tanpa disedari kesedihan serta penderitaan Wina ketika itu turut di rasai oleh Lyna yang asyik memerhatikan Wina daripada jauh.Lyna tidak sanggup melihat kakaknya terus hidup dalam kesedihan menyebabkan air mata jatuh.Dia tahu bahawa kakaknya bukan sahaja menderita disebabkan penyakit yang dihidapi namun kakaknya lebih menderita apabila terpaksa meninggalkan Zairil. Lyna tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tidak mengenali Zairil apatah lagi bersua dengan Zairil.Dulu semasa zaman persekolah Lyna dan Wina tidak satu sekolah. Disebabkan Wina sering sakit oleh itu Wina tidak tinggal diasrama sepertimana Lyna yang telah tinggal diasrama sejak tingkatan satu lagi.
Apa yang boleh aku buat untuk mengembirakan kakak?getus Lyna.
"Kalau lah aku kena siapa Zairil dan ak tahu di mana dia akan aku cari dia supaya dia boleh bahagiakan kakak untuk saat terakhir."
"tapi macam mana aku nak cari dia sedangkan aku tau tahu langsung pasal dia.Nak tanya kakak...Ah..mustahil kakak akan ceritakan..Gambar Zairil pun kakak telah bakar dengan tujuan mahu melupakan Zairil namun aku tahu sebenarnya kakak membakar gambar tersebut serta segala barang berkaitan dengan Zairil semata-mata tidak mahu aku mencari Zairil."
"ya Allah aku mohon padamu bagilah aku peluang untuk berjumpa dengan Zairil supaya aku dapat mengembalikan cahaya kegembiraan dalam hidup kakakku meskipun semuanya bersifat sementara sahaja",doa Lyna sambil mendapatkan kakaknya yang masih termenung..

Wednesday, October 6, 2010

ada2 Je la...

Ada tiga lagi assignmnt yang tinggal untuk sem ni..yeah..hehehe

TIGA ASSIGNMENT JER?????

mak aih banyak lagi tue...dah la tarikh hantar dekat2 je..mana le gembira dulu...
abis je assignment masih banyak lagi keje yang nak dibuat...exam pula makin lama makin dekat...ai sempat ke nak baca semua buku..maklum la saya kan malas cam beruang..hehehe..

X pe2..think positif..insya-allah semuanya akan berjalan dengan lancar kan..mohon2 macam tue la..buat masa ni tumpuan adalah pada assignment jer dulu..abis je assignment baru le tumpu kat exam pulak...

Time bz2 mcm nie la mula tak sabar tuk pulang ke rumah..adil x kalo beli tiket awal2...huhuhu...owg lain sibuk nak exam..kita pula sibuk nak beli tiket...ai hampagas tul la..

Andai Kau Milikku..Part 2

Pada permulaan Zairil teragak-agak untuk pergi mendapatkan gadis itu bagi menayakan namanya sekaligus merungkai teka-teki yang bersarang di dalam hatinya. Namun perasaan ingin tahu mengatasi perasaan malu. Malu sekiranya gadis tersebut bukanlah Wina yang pernah menjadi idaman hatinya tetapi sekadar memiliki paras rupa yang sama. Meskipun begitu naluri hatinya kuat menyatakan bahawa gadis tersebut adalah Wina.
"Nak pergi ke tak ye. Kalau salah orang macam mana? Lagi parah kalau gadis tue tetiba cakap ak orang gila. Tapi tak salah kan kalau aku cuba bertanya."hati Zairil bermonolog sendiri membuat andaian serta telahan apa yang terjadi sekiranya dia bertanya gadis itu.

Dengan perasaan yang berbelah bagi akhirnya Zairil bangun perlahan-lahan untuk mendapatkan gadis tersebut. Namun belum sempat Zairil pergi mendapatkan gadis tersebut, langkahnya terhenti secara tetiba apabila dia mula terpandang kehadiran seorang jejaka di meja gadis tersebut. Hatinya pada ketika itu menjadi tidak keruan. Pelbagai persoalannya yang bermain dibenaknya..Lantas Zairil mengambil keputusan untuk terus pulang tanpa menjamah apa-apa makanan yang telah dipesan. Kehadiran jejaka tersebut benar-benar menganggu emosi dan fikirannya meskipun gadis tersebut belum diketahui sama ada Wina kekasih lamanya atau sekadar pelanduk dua serupa saja.

Tanpa disedari gadis tersebut turut merasai perasaan yang sama seperti Zairil meskipun keresahan tersebut tidak terpancar melalui raut mukanya. Tapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gadis itu merindui kekasihnya. Wina menyedari kelakuan Zairil yang ingin mendapatkannya sebentar tadi. Ketika itu hatinya berasa bolak-balik. Apa yang perlu dijawab sekiranya Zairil bertanya siapa dirinya. Adakah rahsia pemergiannya meninggalkan Zairil selama bertahun-tahun akan terbongkar bergitu sahaja.
"Ya,Allah apa yang harus aku lakukan. Sesungguhnya aku tidak merelakan pertemuan ini meskipun inilah saat yang aku tunggi selama ini".Wina bermonolog sendiri.

Perasaan rindu Wina terhadap Zairil membuatkan Wina sengaja mengajak Nazmie untuk berjumpanya direstoren ini pada hari ini. Harapannya agar perasaan rindu tersebut dapat diubati.Namun dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan Zairil pada ketika ini. Dahulu restoren ini pernah menjadi saksi percintaan mereka.
Kali ini restoren ni ternyata menjadi tempat kegemaran mereka berdua namun keadaan sedikit berubah. Kalau dahulu mereka akan makan bersama-sama sambil berbual dan bergurau sendiri. Kini segala sudah berubah. Wina hanya mampu melihat Zairil daripada jauh seolah-olah ada jurang yang memisahkan. Itulah perkara yang paling menyakitkan apabila terpaksa berpisah dengan orang yang kita cintai. Namun Wina tabah menerima keadaan ini kerana Zairil tidak pernah meninggalkannya sebaliknya adalah dia yang meninggalkan Zairil. Oleh itu dia membayar di atas segala keputusan yang telah dibuat suatu ketika dahulu.

Kehadiran Nazmie yang datang tepat pada waktunya betul-betul membuatkan Wina berasa lega kerana buat masa ini dia dapat mengelakkan diri daripada bertemu dengan Zairil.Sesungguhnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan persoalan yang bakal ditanya sekiranya Zairil datang bejumpanya sebentar tadi.Kenyataan yang benar-benar menakutkan.Wina tekad untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang agar peristiwa ini tidak berulang lagi..
"Wina..wina...Awak ok x ni??"tanya Nazmie sambil memegang tangan Wina.
Perlakuan Nazmie menyebabkan Wina mulai tersedar lantas menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan dengan menarik tangannya.
" Awak tanya apa Naz. Maaf lah saya tak dengar tadi."balas Wina.
"Saya tanya awk ok x?Kalau x ok saya antar awk balik ye.
"Saya ok Nazmie. Cuma sakit kepala sikit je.Sekejap lagi ok la..Awk x yah risau ye".
"Kalo gitu x pe la. Awk dah order makanan or minimum?".
"Belum lagi la..Saya tunggu awk la ni. Nape awk lambat. Kata pukul 1..nie dah pukul 1.45.."
"Maaflah saya ada pesakit kat klinik tadi.Tue yang lambat. Lain kali kalo saya lambat awk order la makanan dulu k."balas Nazmi sambil memanggil pelayan.
"Wina saya nak cakao sesuatu dengan awk".
"Awak nak cakap apa, Naz."
"Tak pelah. Lepas makan nanti saya gtau kat awk k."

Masing-masing sibuk bertanya mengenai aktiviti yang dilakukan sementara menunggu pesanan sampai. Meskipun begitu Nazmie dapat merasakan Wina seolah-olah menyembuyikan sesuatu daripada dirinya. Namun persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja dalam benakkan. Apa yang paling penting ialah penerimaan Wina terhadap berita yang akan disampaikannya sebentar lagi. Itu benar-benar merunsingkan hatinya. Adakah Wina betul-betul telah bersedia untuk mendengar seterusnya menerimanya dengan hati yang terbuka. Kuatkan Wina tuk menghadapi semua itu....

(p/s -ish x tau la best ke x sambungan ni..kalo x best maaf la...)

Tuesday, October 5, 2010

Andai Kau Milikku..Part 1

Zairil hampir sahaja tersendak minuman yang sedang diminumnya tatkala kelibat seorang gadis yang baru sahaja berlalu dihadapannya sebentar tadi.Dia seolah-olah baru sahaja tersedar dari mimpi namun begitu tepukan dibahagian belakang badannya menyebabkan Zairil cepat tersedar dan kembali ke alam nyata.Meskipun begitu perubahan muka Zairil yang seakan-akan terkejut itu mampu dikesan oleh Khairul, sahabat baiknya semenjak di universiti ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan.
"Ril, ko kenapa? Aku tengok ko ni lain macam je.Ko nampak hantu ke?" tegur Khairul untuk mengelakkan Zairil terus berada dalam dunia khayalannya.

"Apa yang ko merepak ni..Mana ada aku nampak hantu.Lagipun siang-siang ni mana ada hantu.Hantu kepala hitam adalah..Yang duduk depan aku ni pun kira spesis hantu jugak tau kalau ko nak tahu".jawab Zairil dengan nada selamba sambil memandang muka Khairul.
" Kuang asam betul ko, Ril.Aku yang hensem lagi kacak ni ko samakan dengan hantu, Ish tak bertamadun tul la ko. Iyelah ak tengok bila ko pandang gadis tue macam namoak hantu.Tue yang aku tanya."balas Khairul tanda tidak mahu mengalah.
"Ish tak adalah.Aku macam penah kenal la gadis tue.Maybe budak satu sekolah dulu kot. Tapi betul la Rul, ko ni sekali tengok macam Aaron Aziz, tapi berkali-kali tengok cam jenglot la.."sakat Zairil.
Akhirnya kedua-dua mereka tergelak besar.Namun jauh dilubuk hati Zairil, kuat menyatakab bahawa gadis itu adalah Annyss Darwina..Gadis yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.
------------------------------------------------------------
Seperti kebiasaannya, Zairil akan pergi ke Restoren Aneka Rasa yang juga merupakan restoren kegemarannya Annyss Darwina suatu ketika dahulu ketika mereka masih belajar di tingkatan 5. Kenangan bersama Wina masih segar seolah-olah peristiwa tersebut baru sahaja terjadi. Enam tahun perkenalan, banyak kenangan bersama Wina yang tidak mampu dilupakan.Tidak dapat dinafikan bahawa terlalu ramai wanita yang ingin mendampinginya sewaktu di universiti, namun disebabkan ingatan yang begitu kuat terhadap Wina lantas salam perkenalan dari wanita telah ditolak begitu sahaja. Tidak mungkin dia dapat melupakan Wina begitu sahaja setelah pelbagai peristiwa yang telah dilaluinya bersama. Ini terbukti apabila segala kenangannya bersama Wina masih tersemat rapi dalam kotak fikirannya.
"Wina kenapa engkau pergi meninggalkan diri ini begitu sahaja.Sesungguhnya kau amat bermakna pada diriku."kata Zairil dalam hati..
Tatkala masuk ke perkarangan restoren, satu persatu kenangan bersama Wina terimbas kembali. Perkenalan antara Zairil dan Darwina adalah secara kebetulan apabila mereka bertembung sewaktu diperpustakaan. Zairil yang terlalu asyik membaca buku telah terlanggar dengan Wina yang kebetulan pada ketika itu mahu keluar dari perpustakaan.
"Awak sorry ye. Saya tak sengaja nak langgar awk tadi. Saya betul-betul tak perasan awk nak kuar tadi." jawab Zairil sambil membantu gadis tersebut mengutip buku yang bertaburan dilantai.
"Ish tak pela.Bukan salah awak pun.Salah saya juga.Jalan tak tengok depan."balas Darwina lembut.
"Taklah itu semua bukan salah awak tapi salah saya. Saya yang terlalu asyik sangat baca buku sampai tak tengok depan."celah Zairil menyebabkan Wina terdiam.
"Nah buku awak.Maafkan saya ye."kata Zairil kepada Wina. Namu tatkala terpandang wajah Wina hati Zairil mula berdegup kencang. Wajah lembut Wina benar-benar menarik hati Zairil untuk terus berada disitu.
"Terima kasih la saudari."kata Wina sambil mengambil buku dari tangan Zairil namun buku tersebut dipegang dengan kuat menyebabkan hasrat untuk Wina mengambil bukunya terpaksa dimatikan.
"Saudara, boleh lepaskan buku saya."Wina hairan apabila Zairil tidak memberi sebarang reaksi. Dikala itu Wina baru tersedar yang Zairil tidak berada di dunia realiti. Keadaan ini menyebabkan Wina terpaksa menepuk tangannya dengan kuat untuk mengembalikan Zairil ke dunia yang nyata.
"Pang..."satu tepukan yang kuat dari Wina nyata berjaya mengembalikan Zairil ke alam realiti.
Dengan muka yang merah disebabkan menahan rasa malu, Zairil terus mengembalikan buku yang dipegangnya kepada Wina. "Nah, buku awak.
"terima kasih. Saya minta diri dulu la."balas Wina sambil berlalu meninggalkan Zairil.
Itulah saat pertama Zairil bertentang mata dengan Wina. Tanpa disedari pertembungan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Zairil.

Zairil terus masuk ke dalam restoren sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling bagi mencari tempat duduk yang kosong. Setelah berjaya mencari tempat duduk, Zairil terus membuat pesanan makanan dan minuman. Suasana restoren yang hingar bingar tidak berjaya menarik perhatian Zairil. Tatkala memandang dan melirik sekeliling, tanpa disedari matanya telah tertumpah kepada wajah yang dikenali menyebabkan dirinya terpena seketika. Benarkah apa yang dilihat pada ketika ini....

p/s: Continue......(maaflah kalau permulaan cerita tak menarik...)

Monday, October 4, 2010

BenCi BetuL Bile Rasa MenGantuk Melebihi dan MenGatasi TahaP KeraJInan..



Macam ni lagi best..nak tidur dapat minum susu..gerenti nyeyak la tido..dijamin sirim 100%...

Niat di hati nak siapkan segala keje geografi malam ni..tapi Tatkala tangan sibuk menaip mata mula la buat perangai n mulut pun mula la mogok..asyik nak menguap betul..Kali pertama menguap boleh tahan lagi..'x pe zatul sabar..awal lagi nie..' masuk kali kedua menguap, duduk pun mula la x tentu arah.pusing kiri, pusing kanan anak beruang...' zatul tahan sikit..banyak lagi tue yang keje nak buat..tapi bila masuk kali ke tiga, memang x le tahan..kaki pun mula la gatal nak melangkah..tapi bukan melangkah nak ke toilet untuk membasuh muka bagi hilangkan rasa mengantuk tp sebaliknya..kaki melangkah terus ke pintu..sebelum sampai muka pintu kaki tetiba terhenti..alamak katil la..

Katil pun mula la gedik nak menyapa,'zatul x nak singgah dulu ke..mata tengok cam dah berat je angkat..'owg tua2 kata rezeki x baik di tolak n syaitan pula mula berbisik,'tidola tidola keje tue esk blh buat..x lari mana la..'..

Ish2..mana satu nie..nk g toilet ke x..kalo tido kejap pun cam seronok je...tidur ke buat keje...mana satu nie..keliru la plak..so kaki mula ambil keputusan untuk berjalan..tapi berjalan ke katil la..bukan ke toilet..toilet tu jauh sangat oleh itu adalah baik guna masa untuk ke toilet tue utk tido sebentar..lagi berbaloi-baloi...hehehehe

Keputusan telah dibuat jalan telah terbuka apa lagi bertindak la cepat..yeah tidur...betulkan susah betul lah kali mengantuk mengatasi tahap kerajinan..x le buat pape pn...mengantuk ni terlebih genius la sampai le cari pelbagai alasan untuk memenuhi kehendak diri..

so lepas ni sebelum buat keja adalah lebih baik jika disediakan baldi air di sisi..so kalo ngntuk x yah g toilet..guna je air dalam baldi tue tuk basuh muka..hahaha..pesanan ini dibawa secara terus dan percuma..cuba-cuba la ea...kalo x berjaya tidur je la..tue mmg x le nak buat apa...

Sunday, October 3, 2010

Bila Beruang lagi rajin dR ak...

Ish nape la sekarang ak makin malas sgt..semua bnda malas..tp ada satu benda je ak rjn nak buat...apa lagi kalo x tdo....TDO je yang bisa buat ak bahagia bt masa ni...
kan best kalo ada course tido..ak la owg pertama yang mendaftar..gerenti 4 flat je..hahaha..

Bila time malas nie ak rasa ak lagi teruk dr beruang..beruang time sejuk dia suka tido..mmg ptut la sbb tue habit dia..tapi ak nie x kira la ada keje or x mesti nk tido gak..kadang2 ak pun pelik la..so x pelik la kalo owg tnya, azza nie bt apa ea kat bilik smpai nk tdo je dalam kelas...ak pun pelik...hahaha

Nak buat cam ne dah sejak azali lagi ak kuat tdo...nak x nk terima je la hakikat yang ak nie kuat tdo n malas cm beruang...tp ayat malas cm beruang tue ak je yang le sebut k..owg lain d larang sama sekali kata ak malas cm beruang..saman sapa yg ckp...hahahaha....

Saturday, October 2, 2010

Mata menGantuk, AssiGnmeNt meNamBun..Apa Nak BuaT NiE??



Aduhai tension betul la kalo banyak sangat keje..tangan dah malas nak menaip..otak pulak dah penat nak buat ayat..so kalo dah masing2 penat sapa yang nak tolong buat nie..mata pulak dah berkenyit-kenyit nie dari tadi...so apa nak jadi nie..??


Alamak Tilam pula memanggil-manggil tue...Kalo tak jawab seruan tilam macam kejam la plak..tilam tue kan teman sejati...tengok bantal pulak dah ajak bermain...nak ke tak nak...macam seronok je kalo golek2 atas tilam tatkala hujan turun...fuyoo...seronok tak terkata la..x yah jilat ibu jari pun...hahahaha

Mama kata kalo ngantuk tidur..tapi lecturer kata kalau ada assignment jangan tangguh ye...mana satu nak dengar ni..kata mama ke or kata lecturer ea...dua2 berguna...aish...musykil betul lah....tapi lebih afdal kalo ikut kata mama..hahaha..(sebenarnya mama x ckp cm tue pn).hahaha..

Mata dah nangtuk nie..x Larat Nak buka dah....Niat hati nk siaPkan Keje malam nie..Tapi Tak kesampaian je..tidur lagi penting kan..Keje blh tnggu kn..tp tidur x blh....so kite tido je la...kesian mata x baik pakse2 dia..hahahaha

Alamak!!!DirikU TelaH DiJangkiti PenYakit 'eK'

Entah kenapa la perkataan 'ek' tue asyik keluar je dari mulut zatul ni.. Nak kata mama zatul kenan perkataan 'ek' time mengandungkan zatul tak ada la plak..Perkataan 'ek' tue seolah-olah tak boleh hilang dari mulut zatul ni..di setiap baris ayat kat belakangnya mesti ada 'ek'..ish macam badi la plak..nasib baik la time tulis tak ada perkataan 'ek'..kalo tak naya la ak...


Zatul pun x tau la nape suka sangat sebut perkataan 'ek'..nak kata sebab zatul owg johor..betul ke semua owg johor sebut perkataan 'ek'...kalo betul cuba angkat tangan..kalo x ada tangan silalah angkat benda yg boleh diangkat ea...Orang johor sila jwb ek...
Soalannya,'Betulkan anda guna perkataan 'ek' setiap kalai bercakap?'......

Keadaan jadi bertambah kronik time Zatul buat persembahan puppet show ngn kawan-kawan lain dekat tadika..Contohnya...
"Adik-adik ini haiwan apa, ek?.."
"Haiwan ni makan apa ye ek adik-adik?.."
"Cuba adik-adik teka haiwan tue ngah bt apa ek?..."

Betulkan semua ayat ada perkataan 'ek'...macam x boleh hilang dari mulut tue..
Dah la gara perkataan 'ek' tue Zatul pernah kena marah ngn lecturer time buat presentation..memang kena kaw2 la marah...sampai sekarang tue ingt macam mana dia marah....Nak tau x macam mana dia marah..macam ni..
" Awak nie dari td 'ek'..Cubala kurangkan 'ek' awk tue..."

Uish lecturer marah tue..hihihi...makin dia marah makin banyak la 'ek' yang keluar...lain kali jgn marah 'ek'....

p/s : Da x mana2 doktor yang boleh ubati penyakit 'ek' ni...????

Friday, October 1, 2010

S.e.n.y.u.m = S.m.i.l.e



Senyum seindah suria yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati dunia pun berseri..
Senyum tawa impian dalam kehidupan,
kau tersenyum , ku tersenyum,
Kemesraan bersatu,
Senyum membahagiakan,
Senyumanmu amatlah bermakna,
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan…

once Upon a Time



In every frienship,
There's story behind it,
That no one's know,
'Nice to meet you'
First word,
Which I started to befriend
and then mingle with you,
There're something special in you,
I can see it,
and I can feel it,
That why I want you become my friend,
Deeply in my heart,
I am very thankful to know you,
I'm glad to have friends like you,
Even though we're far away,
But I'm happy you're still my friends
until now..
And i Hope our friendship will be ever lasting...

Bila Benggong Melanda Diri

Susah betul lah time assignment banyak..Nak2 kalau semua kena hantar dekat2 je..Time tue la rasa cam kepala nak tercabut..Otak berputar ligat macam gasing..Sampai naik benggong semuanya..Tapi accident kali ini memang buat zatul pikir bila nak cakap kita kena pikir apa yang kita cakap..or sebelum kita tulis kita kena pikir apa yang kita tulis..tak la nanti malu sendiri..sapa yang malu..dah tentulah bukan kawan-kawan kita tapi diri sendiri..Malu sangat2..kalo ingat2 rasa cam nak nyorokkan muka kat bawah tilam je..

Satu hari tue zatul chat la ngn swg kawan ni..Kebetulan dia ni owg sabah..so zatul cakaplah zatul ada pakcik yang duduk kat Sabah jugak..So dia tanya la sabah tue dok kat mana ea..ngan confident nya zatul jawab,'sabah dekat kuching'...

Mau kelu la budak tue..dia terus tanya,'Sejak bile Kuching kat Sabah?...Dengan gaya yang terpingga2 dalm aty berdetik...ish budak ni x kn x tau geografi kot..Kuching pun x tau ke..ish nama je dok Sabah..Hampeh btol la..

KUCHING =SABAH
(aje benggong la aku waktu tue)


Time tue x sedar lagi..bila baca2 balik n sebut nama Kuching baru tau yang Kuching tue kat Sarawak n bukan kat Sabah..Aje beggong btol la..Ish malunya...Cam ne la blh silap..nasib baik x marah bdk tue..n cam biasala gerenti la kena gelak kan..nak buat cam ne..ni la akibatnya buat assignment smbil chat...hambik ko....trus jd buta sejarah a.k.a geografi..

p/s : time buat assignment jgn main fb yer...nasib baik x tulis dalam assignment...

Masalah Mana Penyelesaiannya...

Rasanya dah terlalu lama Zatul tak post citer baru..x tau la nape..
ada idea tp seakan-akan tangan tak mahu menulis, hati pulak berat
tuk menyikap segala isi hati..mungkin sesetengah citer tue x perlu
di tulis..sebaliknya dibiarkan jauh di sudut hati..

Samapai hari ini, Zatul still bersyukur dengan apa yang ada..
Dikelilingi kawan-kawan yang memahami sungguh membahagiakan disamping
family yang sentiasa disisi memberikan doa dan harapan terlalu bererti..
Tanpa mereka mustahil Zatul masih disini lagi..

Namun disebalik hidup yang bahagia n wajah yang ceria mustahillah kalo
tiada masalah..Namun tak semua masalah itu membebankan kita..Kadang kala
kita yang membuatkan masalah membebani diri..Sampai satu saat kita akan
penat untuk menghadapinya..Lantas kita bersikap mementingkan diri..Itu lagi
KEJAM...Jangan jadi kejam kalau itu bukan kita..

Setiap masalah ada penyelesaian..itu lah peringatan untuk diri.
Sabar pula kunci kepada masalah..Masalah apabila disulami dengan
kesabaran nescaya kita akan berjumpa dengan jalan keluar..
Sebaliknya bagi masalah yang diselimuti dengan marah akan
berakhir dengan kekusutan..

p/s : selamat berfikir...