KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Friday, January 14, 2011

SinGle or CouPle??? Mana lagi BesT

Setiap manusia bisa bercakap mengenai cinta, masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri, ada yang berkata cinta itu indah, tidak kurang yang bercakap bahawa cinta itu, ibarat satu penderitaan, sampaikan sambal belacan pun boleh diibaratkan dengan cinta.. tak percaya.. saya ambil dari satu petikan lagu..
cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan,
walau pedas hingga mengalir air mata,
namum tetap di makan juga..
Betapa hebatnya penangan cinta tue.. manusia dikatakan sungguh bertuah apabila bertemu dengan pasangan sejati, namun yang dah putus cinta berkali-kali janganlah pulak mengalah, teruskan usaha mencari, insya-allah anda akan bertemu dengan putera idaman anda, manusia kan dicipta berpasangan, namun perlu diingatkan, sepanjang usaha mencari, anda mungkin kecewa beberapa kali, mungkin disebabkan jejaka/gadis tersebut tidak sesuai dengan dirimu, lantas kamu ditinggalkan, dan dikala itu ada di antara kita yang terkapai-kapai mencari kekuatan, namun tidak mustahil ada juga yang tersungkur, tersungkur sehinggakan dirinya tak percaya akan kewujudan cinta, bak kata lagu liyana jasmay, ‘aku tak percaya cinta’. Tapi apa kata kalau kita jadikan itu semua pengalaman. Pengalaman yang manis dan juga pahit. barulah kehidupan berwarna-warna seperti pelangi. sungguh menarik!
Bagi yang tak pernah bercinta pula, usah risau mahupun cemburu bila melihat teman-teman disekelilingmu mempunyai pasangan. mungkin teman-temanmu bernasib baik kerana menemukan pasangan dalam masa yang singkat. so bagi yang single-single pula, try to chill out k…enjoy la dengan masa single yang begitu panjang. tak semua orang boleh jadi single untuk masa yang lama. sesungguhnya anda memang insane yang bertuah dan terpilih. nak tahu kenapa? sebabnya anda begitu tabah bila melihat orang lain ada bf or gf sedangkan anda pula berseorangan. pada mata orang yang ada bf n gf je yang lihat anda ni tak laku..tapi sebenarnya anda ada family yang sangat menyayangi dirimu. tak percaya..tanya la pada mama, ayah n adik-beradik kamu…
anda juga bertuah sebab bercinta ini sangat memenatkan dan memeningkan..sebabnya anda kena menjaga hati orang yang tersayang..sapa lagi kalau bukan bf n gf masing-masing.jangan ada yang jaga bf or gf orang lain sudah la.pening sebab kamu kena jaga hati si dia..hati sendiri pun tak terjaga nak jaga ati orang lain..bukan tue je kalau si dia merajuk anda kena pujuk. kalau si dia tue macam kanak-kanak senang la.bagi gula-gula lollipop gerenti dia ok..nie nak pujuk taraf boleh jadi bapak budak..alamatnya beruban la rambut kamu..tak pun botak kot…hehehe..bercinta jadi memenatkan bila si dia tak paham dengan perangai, tugas atau rutin kita.bukan setakat penat tapi boleh jadi serabut juga..iye la kalau dapat yang jenis king kong..owh bukan2..kalo dapat yang jenis king n queen control, abis la kamu..mesti 24 jam nak berkepit..nak kuar ngan kawan tak boleh, nak lepak x boleh..boleh melainkan kamu usunglah si dia ke mana je..kalau sanggup boleh la..kalau yang tak sanggup better kamu ????pikir sendiri la..
Apa-apa pun semuanya ditangan kamu. tak sapa yang boleh paksa kamu untuk bercinta. dan belum pernah saya dengar dalam dunia berita pasal ibubapa yang memaksa anak-anak mereka untuk bercinta. melainkan anak-anak yang gatal nak bercinta..opps…bukan gatal nak bercinta tapi nak rasa cam ne rasa bercinta…nama pun remaja a.k.a anak muda..so biasalah lumrah alam..tak salah asalkan pandai jaga adab n maruah diri n keluarga..kata-kata ni sesuai dengan lagu ana rafali iaitu kalau berpacaran,
kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga susila ibubapa adik abang
apabila berdua carilah tempat yang terang,
agar tidak pula mencuba aksi terlarang,
boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang
duduk regang-regang
bertambah sayang
biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman..

Wednesday, November 24, 2010

No comments:

Post a Comment