KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Saturday, January 15, 2011

Hadapi dengan senyuman

Sesungguhnya kita jangan takut untuk menghadapi hari esok,
Meskipun kita tahu pelbagai halangan yang akan mendatang,
Hadapilah segalanya dengan sebaik mungkin,
Pandang ke hadapan,
Jangan sesekali anda cuba untuk menoleh ke belakang,
Ingat sekali anda menoleh pasti adanya pelbagai penyesalan serta kekesalan yang bakal anda rasai,
Belajar dari kesilapan itu semestinya,
Kita hanya manusia biasa,
Yang tak mampu membuatkan hidup kita menjadi serba sempurna,
Pastinya ada kekurangan,
Dan kekurangan itulah membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk terus berusaha dalam hidup,
Agar kekurangan bertukar menjadi suatu kegembiraan,
Sekiranya usaha yang dilakukan untuk menjadikan kekurangan sebagai suatu cahaya kegembiraan,
Tidak mengapa…
Usah berputus asa dan teruslah melangkah lagi,
Jangan sesekali anda duduk lesu disitu kerna kegagalan yang dihadapi,
Ingatlah bahawa kita hanya merancang dan sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya,
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi dan apa yang tertulis untukku adalah yang terbaik untuk dirimu….

No comments:

Post a Comment