KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Monday, October 18, 2010

andai kau milikku part 3

Sesuatu yang sama sekali tidak jangka...Memang benar sebelum ini Wina telah mengetahui bahawa dia menghidap penyakit kanser otak.Dan sebab penyakit ini jugalah dia terpaksa meninggalkan Zairil kekasih hatinya meskipun hatinya tidak pernah merelakan perpisahan tersebut.Namun dia pasrah.Sesungguhnya Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Berbekalkan dengan semangat tersebut, Wina bangkit semula dari kekecewaannya bagi meneruskan hidup. Dia sedar yang dia perlu menghargai seterusnya mencari kebahagiaan bagi mengisi sisa-sisa hidupnya yang terakhir.Pernah dia terfikir untuk mendapatkan semula Zairil untuk menemaninya namun hati kecilnya menegah daripada buat begitu.

"Siapa dia untuk merampas kebahagiaan orang lain?" detik hati Wina sambil termenung di jendala.

Tanpa disedari kesedihan serta penderitaan Wina ketika itu turut di rasai oleh Lyna yang asyik memerhatikan Wina daripada jauh.Lyna tidak sanggup melihat kakaknya terus hidup dalam kesedihan menyebabkan air mata jatuh.Dia tahu bahawa kakaknya bukan sahaja menderita disebabkan penyakit yang dihidapi namun kakaknya lebih menderita apabila terpaksa meninggalkan Zairil. Lyna tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tidak mengenali Zairil apatah lagi bersua dengan Zairil.Dulu semasa zaman persekolah Lyna dan Wina tidak satu sekolah. Disebabkan Wina sering sakit oleh itu Wina tidak tinggal diasrama sepertimana Lyna yang telah tinggal diasrama sejak tingkatan satu lagi.
Apa yang boleh aku buat untuk mengembirakan kakak?getus Lyna.
"Kalau lah aku kena siapa Zairil dan ak tahu di mana dia akan aku cari dia supaya dia boleh bahagiakan kakak untuk saat terakhir."
"tapi macam mana aku nak cari dia sedangkan aku tau tahu langsung pasal dia.Nak tanya kakak...Ah..mustahil kakak akan ceritakan..Gambar Zairil pun kakak telah bakar dengan tujuan mahu melupakan Zairil namun aku tahu sebenarnya kakak membakar gambar tersebut serta segala barang berkaitan dengan Zairil semata-mata tidak mahu aku mencari Zairil."
"ya Allah aku mohon padamu bagilah aku peluang untuk berjumpa dengan Zairil supaya aku dapat mengembalikan cahaya kegembiraan dalam hidup kakakku meskipun semuanya bersifat sementara sahaja",doa Lyna sambil mendapatkan kakaknya yang masih termenung..

No comments:

Post a Comment