Zairil hampir sahaja tersendak minuman yang sedang diminumnya tatkala kelibat seorang gadis yang baru sahaja berlalu dihadapannya sebentar tadi.Dia seolah-olah baru sahaja tersedar dari mimpi namun begitu tepukan dibahagian belakang badannya menyebabkan Zairil cepat tersedar dan kembali ke alam nyata.Meskipun begitu perubahan muka Zairil yang seakan-akan terkejut itu mampu dikesan oleh Khairul, sahabat baiknya semenjak di universiti ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan.
"Ril, ko kenapa? Aku tengok ko ni lain macam je.Ko nampak hantu ke?" tegur Khairul untuk mengelakkan Zairil terus berada dalam dunia khayalannya.
"Apa yang ko merepak ni..Mana ada aku nampak hantu.Lagipun siang-siang ni mana ada hantu.Hantu kepala hitam adalah..Yang duduk depan aku ni pun kira spesis hantu jugak tau kalau ko nak tahu".jawab Zairil dengan nada selamba sambil memandang muka Khairul.
" Kuang asam betul ko, Ril.Aku yang hensem lagi kacak ni ko samakan dengan hantu, Ish tak bertamadun tul la ko. Iyelah ak tengok bila ko pandang gadis tue macam namoak hantu.Tue yang aku tanya."balas Khairul tanda tidak mahu mengalah.
"Ish tak adalah.Aku macam penah kenal la gadis tue.Maybe budak satu sekolah dulu kot. Tapi betul la Rul, ko ni sekali tengok macam Aaron Aziz, tapi berkali-kali tengok cam jenglot la.."sakat Zairil.
Akhirnya kedua-dua mereka tergelak besar.Namun jauh dilubuk hati Zairil, kuat menyatakab bahawa gadis itu adalah Annyss Darwina..Gadis yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.
------------------------------------------------------------
Seperti kebiasaannya, Zairil akan pergi ke Restoren Aneka Rasa yang juga merupakan restoren kegemarannya Annyss Darwina suatu ketika dahulu ketika mereka masih belajar di tingkatan 5. Kenangan bersama Wina masih segar seolah-olah peristiwa tersebut baru sahaja terjadi. Enam tahun perkenalan, banyak kenangan bersama Wina yang tidak mampu dilupakan.Tidak dapat dinafikan bahawa terlalu ramai wanita yang ingin mendampinginya sewaktu di universiti, namun disebabkan ingatan yang begitu kuat terhadap Wina lantas salam perkenalan dari wanita telah ditolak begitu sahaja. Tidak mungkin dia dapat melupakan Wina begitu sahaja setelah pelbagai peristiwa yang telah dilaluinya bersama. Ini terbukti apabila segala kenangannya bersama Wina masih tersemat rapi dalam kotak fikirannya.
"Wina kenapa engkau pergi meninggalkan diri ini begitu sahaja.Sesungguhnya kau amat bermakna pada diriku."kata Zairil dalam hati..
Tatkala masuk ke perkarangan restoren, satu persatu kenangan bersama Wina terimbas kembali. Perkenalan antara Zairil dan Darwina adalah secara kebetulan apabila mereka bertembung sewaktu diperpustakaan. Zairil yang terlalu asyik membaca buku telah terlanggar dengan Wina yang kebetulan pada ketika itu mahu keluar dari perpustakaan.
"Awak sorry ye. Saya tak sengaja nak langgar awk tadi. Saya betul-betul tak perasan awk nak kuar tadi." jawab Zairil sambil membantu gadis tersebut mengutip buku yang bertaburan dilantai.
"Ish tak pela.Bukan salah awak pun.Salah saya juga.Jalan tak tengok depan."balas Darwina lembut.
"Taklah itu semua bukan salah awak tapi salah saya. Saya yang terlalu asyik sangat baca buku sampai tak tengok depan."celah Zairil menyebabkan Wina terdiam.
"Nah buku awak.Maafkan saya ye."kata Zairil kepada Wina. Namu tatkala terpandang wajah Wina hati Zairil mula berdegup kencang. Wajah lembut Wina benar-benar menarik hati Zairil untuk terus berada disitu.
"Terima kasih la saudari."kata Wina sambil mengambil buku dari tangan Zairil namun buku tersebut dipegang dengan kuat menyebabkan hasrat untuk Wina mengambil bukunya terpaksa dimatikan.
"Saudara, boleh lepaskan buku saya."Wina hairan apabila Zairil tidak memberi sebarang reaksi. Dikala itu Wina baru tersedar yang Zairil tidak berada di dunia realiti. Keadaan ini menyebabkan Wina terpaksa menepuk tangannya dengan kuat untuk mengembalikan Zairil ke dunia yang nyata.
"Pang..."satu tepukan yang kuat dari Wina nyata berjaya mengembalikan Zairil ke alam realiti.
Dengan muka yang merah disebabkan menahan rasa malu, Zairil terus mengembalikan buku yang dipegangnya kepada Wina. "Nah, buku awak.
"terima kasih. Saya minta diri dulu la."balas Wina sambil berlalu meninggalkan Zairil.
Itulah saat pertama Zairil bertentang mata dengan Wina. Tanpa disedari pertembungan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Zairil.
Zairil terus masuk ke dalam restoren sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling bagi mencari tempat duduk yang kosong. Setelah berjaya mencari tempat duduk, Zairil terus membuat pesanan makanan dan minuman. Suasana restoren yang hingar bingar tidak berjaya menarik perhatian Zairil. Tatkala memandang dan melirik sekeliling, tanpa disedari matanya telah tertumpah kepada wajah yang dikenali menyebabkan dirinya terpena seketika. Benarkah apa yang dilihat pada ketika ini....
p/s: Continue......(maaflah kalau permulaan cerita tak menarik...)
No comments:
Post a Comment