KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Wednesday, October 6, 2010

Andai Kau Milikku..Part 2

Pada permulaan Zairil teragak-agak untuk pergi mendapatkan gadis itu bagi menayakan namanya sekaligus merungkai teka-teki yang bersarang di dalam hatinya. Namun perasaan ingin tahu mengatasi perasaan malu. Malu sekiranya gadis tersebut bukanlah Wina yang pernah menjadi idaman hatinya tetapi sekadar memiliki paras rupa yang sama. Meskipun begitu naluri hatinya kuat menyatakan bahawa gadis tersebut adalah Wina.
"Nak pergi ke tak ye. Kalau salah orang macam mana? Lagi parah kalau gadis tue tetiba cakap ak orang gila. Tapi tak salah kan kalau aku cuba bertanya."hati Zairil bermonolog sendiri membuat andaian serta telahan apa yang terjadi sekiranya dia bertanya gadis itu.

Dengan perasaan yang berbelah bagi akhirnya Zairil bangun perlahan-lahan untuk mendapatkan gadis tersebut. Namun belum sempat Zairil pergi mendapatkan gadis tersebut, langkahnya terhenti secara tetiba apabila dia mula terpandang kehadiran seorang jejaka di meja gadis tersebut. Hatinya pada ketika itu menjadi tidak keruan. Pelbagai persoalannya yang bermain dibenaknya..Lantas Zairil mengambil keputusan untuk terus pulang tanpa menjamah apa-apa makanan yang telah dipesan. Kehadiran jejaka tersebut benar-benar menganggu emosi dan fikirannya meskipun gadis tersebut belum diketahui sama ada Wina kekasih lamanya atau sekadar pelanduk dua serupa saja.

Tanpa disedari gadis tersebut turut merasai perasaan yang sama seperti Zairil meskipun keresahan tersebut tidak terpancar melalui raut mukanya. Tapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gadis itu merindui kekasihnya. Wina menyedari kelakuan Zairil yang ingin mendapatkannya sebentar tadi. Ketika itu hatinya berasa bolak-balik. Apa yang perlu dijawab sekiranya Zairil bertanya siapa dirinya. Adakah rahsia pemergiannya meninggalkan Zairil selama bertahun-tahun akan terbongkar bergitu sahaja.
"Ya,Allah apa yang harus aku lakukan. Sesungguhnya aku tidak merelakan pertemuan ini meskipun inilah saat yang aku tunggi selama ini".Wina bermonolog sendiri.

Perasaan rindu Wina terhadap Zairil membuatkan Wina sengaja mengajak Nazmie untuk berjumpanya direstoren ini pada hari ini. Harapannya agar perasaan rindu tersebut dapat diubati.Namun dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan Zairil pada ketika ini. Dahulu restoren ini pernah menjadi saksi percintaan mereka.
Kali ini restoren ni ternyata menjadi tempat kegemaran mereka berdua namun keadaan sedikit berubah. Kalau dahulu mereka akan makan bersama-sama sambil berbual dan bergurau sendiri. Kini segala sudah berubah. Wina hanya mampu melihat Zairil daripada jauh seolah-olah ada jurang yang memisahkan. Itulah perkara yang paling menyakitkan apabila terpaksa berpisah dengan orang yang kita cintai. Namun Wina tabah menerima keadaan ini kerana Zairil tidak pernah meninggalkannya sebaliknya adalah dia yang meninggalkan Zairil. Oleh itu dia membayar di atas segala keputusan yang telah dibuat suatu ketika dahulu.

Kehadiran Nazmie yang datang tepat pada waktunya betul-betul membuatkan Wina berasa lega kerana buat masa ini dia dapat mengelakkan diri daripada bertemu dengan Zairil.Sesungguhnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan persoalan yang bakal ditanya sekiranya Zairil datang bejumpanya sebentar tadi.Kenyataan yang benar-benar menakutkan.Wina tekad untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang agar peristiwa ini tidak berulang lagi..
"Wina..wina...Awak ok x ni??"tanya Nazmie sambil memegang tangan Wina.
Perlakuan Nazmie menyebabkan Wina mulai tersedar lantas menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan dengan menarik tangannya.
" Awak tanya apa Naz. Maaf lah saya tak dengar tadi."balas Wina.
"Saya tanya awk ok x?Kalau x ok saya antar awk balik ye.
"Saya ok Nazmie. Cuma sakit kepala sikit je.Sekejap lagi ok la..Awk x yah risau ye".
"Kalo gitu x pe la. Awk dah order makanan or minimum?".
"Belum lagi la..Saya tunggu awk la ni. Nape awk lambat. Kata pukul 1..nie dah pukul 1.45.."
"Maaflah saya ada pesakit kat klinik tadi.Tue yang lambat. Lain kali kalo saya lambat awk order la makanan dulu k."balas Nazmi sambil memanggil pelayan.
"Wina saya nak cakao sesuatu dengan awk".
"Awak nak cakap apa, Naz."
"Tak pelah. Lepas makan nanti saya gtau kat awk k."

Masing-masing sibuk bertanya mengenai aktiviti yang dilakukan sementara menunggu pesanan sampai. Meskipun begitu Nazmie dapat merasakan Wina seolah-olah menyembuyikan sesuatu daripada dirinya. Namun persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja dalam benakkan. Apa yang paling penting ialah penerimaan Wina terhadap berita yang akan disampaikannya sebentar lagi. Itu benar-benar merunsingkan hatinya. Adakah Wina betul-betul telah bersedia untuk mendengar seterusnya menerimanya dengan hati yang terbuka. Kuatkan Wina tuk menghadapi semua itu....

(p/s -ish x tau la best ke x sambungan ni..kalo x best maaf la...)

No comments:

Post a Comment