KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Saturday, January 23, 2010

sedar x sedar pelbagai dugaan tlh kita tempuhi,
di setiap liku perjalanan yang direntasi,
Pasti ada ujian yang menanti,
yang bisa melemaskan diri kita,
di antara kebenaran atau kepalsuan,
membuatkan kita keliru tuk memilihnya,
kerana tak semestinya kebenaran itu,
menjanjikan sesuatu yang bahagia atau bermakna,
dan sudah pastinya kepalsuan,
bisa mendatangkan kepedihan atau kehancuran,
tapi sedarilah bahawa,
ujian itulah yang mematangkan kita,
pelbagai rasa telah kita kecapi,
bahagia, gembira, sedih, kecewa, derita,
semuanya menjadi satu,
mengajar kita erti terimalah takdirnya yang satu,
kerana disebalik takdir terselitnya hikmahnya,
dan janganlah sesekali kita menyalahkan,
apa yang terjadi,
hadapilah dengan senyuman,
bagai tiada apa yang berlaku,
walau dalam hati punya sekelumit rasa kecewa,
biarlah diri yang tahu,
dan janganlah sesekali biar orang disekeliling,
menyedari dan megetahui,
simpan dan peliharalah derita itu,
jangan biarkan derita membinasakan dirimu,
tapi biar derita jd ubat utk kekuatan,
senyumlah selagi blh,
walau derita dan kecewa menyelubungi dirimu,
harapkan yang terbaik,
walaupun ianya bukan utk dirimu....

No comments:

Post a Comment