KEHIDUPANKU. SEKADAR BERKONGSI. BUKAN GOSIP

HATI+PERHATI=COLOR OF RAINBOW

HiduP Tue Tak Seindah Pelangi
Sebelum AdAnYa Pelangi
Pasti HuJan tUrun MembasaHi Bumi
BerSama MenTeri YaNg MeNemaNi

Monday, March 29, 2010

berputar-putarlah....

Masa terus berputar, meninggalkan kita tanpa kata, perginya tanpa bicara, tanpa kita duga ianya hilang,
Sekelip mata tanpa kita sedari, bahagiakah dengan pemergiannya atau sedih akan kehilangannya,
sepi tanpa gelak ketawanya, rindu akan usikannya, segalanya adalah tentang dia,
tanpanya warna kehidupan kelihatan pudar, tiada lagi pelangi indah yang mewarnai kisah hidupku,
kisah hidup pula seakan-akan terhenti disitu, seolah-olah tiada pilihan sebagai penyambung yang pasti,
bagi ku tuk teruskan hidup ini, takut untuk melangkah, kerna blm pasti apa yang bakal ku tempuhi,
hari-hariku menjadi semakin sukar, aku tak sekuat seperti yang dilihat, namun aku
berdoa agar dia kembali semula, namun segalanya hampa, apa yang berlaku tidak mungkin dapat ku
ubah, dan amat mustahil untuk semuanya agar kembali seperti sediakala, apa
yang pasti dia tetap akan melangkahg pergi, pergi tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali,
juga pergi tanpa mengucapkan sepatah kata, sehingga aku tercari-cari apa makna disebalik pemergiannya itu, pergi tuk selamanya, apakah hikmahnya? kebaikan atau ianya hanya mendatangkan penderitaan
alangkah baiknya sekiranya dia hanya utk sementara waktu sahaja, namun itu tetap menjadi tanda Tanya hingga menimbulkan seterusnya menjadi persoalan hingga ke hari ini?

No comments:

Post a Comment